PROFIL

Pihak MAIKOOP berhasrat untuk menyelesaikan masalah kariah dan penduduk dalam meningkatkan taraf ekonomi, keperluan kewangan dan penggunaan matawang syariah.

Visi

“MAIKOOP menjadi badan koperasi masjid terunggul di Malaysia dan rantau ASEAN yang diiktiraf diperingkat global dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi ahli dan stakeholder pada tahun 2018” 

(di sediakan pada 16 November 2013)


Misi


“MAIKOOP komit untuk menyediakan perkhidmatan dan aktiviti berkualiti tinggi dalam memenuhi keperluan ahli dan pelanggan utama untuk mejalankan perniagaan dan perkhidmatan utama melalui anggota pengurusan yang amat berdidikasi dan professional”

Motto

“Berkoperasi Adalah Perniagaan”

Strategi

MAIKOOP akan menjadi sebagai institusi utama yang bercorak pakej “profit and service-oriented” yang mana pulangan daripada pendapatan digunakan untuk menambah ekonomi ahli, dana masjid dan kemajuan seluruh penduduk TTDI Jaya dengan model perniagaan dan pelaburan yang sungguh profesional.

Dengan keperluan mendadak yang timbul iaitu penyertaan ramai ahli dan pihak berkepentingan seperti Bank Rakyat, SKM, ANGKASA dan beberapa organisasi yang lain, MAIKOOP akan mengambil langkah-langkah drastic dan berstrategik dalam memulakan aktiviti dengan pantas tetapi berhati-hati dan berhemah dan juga menghitung risiko yang bakal dihadapi.

Langkah yang akan diambil ialah membual penelitian dalam perkara-perkara berikut:


  • Menggubal dasar dan polisi MAIKOOP
  • Arah tuju mampan dalam industri
  • Bedaya saing dan berinovasi 
  • Perangai dan corak keperluan semasa ahli, pelanggan dan stakeholder
  • Inisiatif baru dan memahami perangai pesaing 
  • Prospek mengembangkan hasil dan dana
  • Segmen pelanggan yang menguntungkan 
  • Pertalian antara nilai perkhidmatan dan kos
  • Penggunaan aset dan mengoptimakan kapasiti 
  • Produk dan perkhidmatan utama
  • Kos penghantaran utama - Distribution and channeling costs
  • Perubahan Market share
  • Penglibatan ahli sebagai Vendor dan Rakan Niaga

Kini MAIKOOP wajar mendapat pengiktirafan daripada kariah dan penduduk setempat dalam memantapkan dan sumber kewangan yang sewajarnya melalui pendekatan dan halatuju baru yang memberi keyakinan dan kekuatan sejagat kepada MAIKOOP dalam apa-apa senario dan dalam menghadapi apa-apa tekanan dari segenap arah manapun.

Untuk menentukan kejayaan yang mampan dan berterusan, MAIKOOP akan menyediakan satu lakaran arah tuju dan strategi baru yang berkualiti dan dapat direalisasikan dengan memfokus bentuk baru perniagaan Koperasi Masjid (Jenama MAIKOOP), perkhidmatan yang lebih canggih dengan kos yang rendah, sumber pendapatan baru, menceburi bidang perniagaan sesuai, memenuhi citarasa ahli, pelanggan dan stakeholder dengan menekankan kepada keupayaan pelaksanaan oleh pengurusan dan anggotanya dalam memenuhi kehendak semasa. 

No comments:

Post a Comment