Thursday 13 March 2014

BENGKEL PENUBUHAN KOPERASI MASJID AL-I'TISAM





• KOPERASI KARIAH MASJID AL I’TISAM (MAIKOOP) telah mengadakan wacana Minda – Membina halatuju Strategi Baru sebagai langkah pertama untuk mengangkasakan MAIKOOP dalam menangani masaalah semasa dan membuka ruang dan halatuju baru untuk pembaik pulihan dan reformasi MAIKOOP dari pendekatan berlandaskan strategic dan liberalisasi

• Program ini adalah langkah pertama dan terpenting MAIKOOP dalam menyediakan rancangan strategi yang akan meliputi formulasi strategi, penstrukturan dan KPI, Rancangan perniagaan strategik (5 tahun) dan rancangan implimentasi strategi mengikut fasa-fasa pengurusan strategik yang akan dipriskripsikan oleh ahli AJK Penaja yang berpengalaman

• Pada dasar nya, gerakan koperasi masjid sangat memerlukan perubahan baru dan tindakan afirmatif untuk mebaiki hala tuju, imej, sumber kewangan dan membangkitkan semula organisasi koperasi masjid dengan proses transformasi melalui beberapa perengkat pengunjuran cadangan dan mengadaptasi hala tuju baru dan strategi baru yang berkualiti untuk menentukan kelangsungan berterusan dan perkembangan yang menguntugkan semua ahli dan stakholder


• Soalan utama yang di utarakan kepada MAIKOOP dalam ialah: 


o Adakah MAIKOOP mempunyai masa depan yang cerah? Kebnyakan koperasi hidup dalam keadaan “hidup segan mati tak mahu”
o Dapatkah MAIKOOP mempertahankan perkhidmatan sedia ada masa kini tanpa digugat oleh pesaing utama?
o Belehkah MAIKOOP menceburi perniagaan baru dengan menyediakan hala tuju dan struktur perniagaan baru untuk mencapai pulangan tinggi dan luar biasa (breakthrough results).
o Apakah peluang MAIKOOP menambah sumber pendapatan baru dan kewangan dari perniagaan dan perkhidmatan yang terpilih dan menguntungkan (viable)?
o Bolehkah MAIKOOP hidup dalam keadaan semasa yang amat mencabar dan apakah langkah –langkah yang perlu diambil MAIKOOP untuk menghadapi keadaan yang mencabar dan ancaman masa kini dan akan datang? 


Diatas adalah soalan pokok yang MAIKOOP perlu jelaskan dengan hujah, pertimbangan dan cadangan yang berhati-hati tapi tegas disamping mencari dan menyesuaikan hala tuju baru yang mencorakkan pendekatan secara revolusi untuk MAIKOOP menjalankan aktiviti, perkhidmatan dan perniagaan nya 


Pehak atasan MAIKOOP dan pengurus kanan dalam bengkel wacana Minda di AWANA, telah sepakat menjelaskan terdapatnya keperluan genting untuk mengembalikan kredibiliti MAIKOOP kepada semua pelanggan dan “stakeholders” utama.


Agenda perbincangan dalam bengkel hanya meliputi skop yang dipilih oleh YDP dan pihak pengurusan MAIKOOP seperti berikut:


• Halatuju MAIKOOP – meliputi 5-10 tahun hadapan
• Nilai-nilai MAIKOOP dan anggotanya
• Misi, visi dan matlamat
• Tema strategi
• Halatuju bagi mendapatkan sumber pendapatan baru dan perniagaan
• Hala tuju perniagaan baru
• Perniagaan dan perkhidmatan baru
• Pelaburan dari lebehan wang
• Faktor kejayaan (Critical success factors)
• Langkas seterusnya dan rancangan tindakan
• Rumusan

No comments:

Post a Comment