Tuesday 18 February 2014

PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum wbt.

Islam telah menunjukkan dan memberi kaedah dalam penjanaan ekonomi ummah melalui perniagaan sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat Baginda dan mereka yang menuruti jejak mulia itu sehingga ke hari ini. Anjuran ini adalah suatu perlambangan kesatuan ummah yang tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Penubuhan Institusi Koperasi Masjid Al-I'tisam (MAIKOOP) bertujuan memacu ekonomi ummah bagi penduduk di kariah TTDI Jaya dan kawasan sekitarnya dengan menumpukan kepada tiga elemen utama iaitu pelaburan, perlindungan dan kebajikan.

Sejarah telah membuktikan bahawa institusi koperasi telah melakarkan jejak-jejak kejayaan seperti koperasi di New Zealand yang mengawal 80 peratus daripada perniagaan penternakan kambing biri-biri dan kejayaan koperasi di Malaysia seperti Koperasi Bank Rakyat, Koperasi Ukhuwah, Koperasi Pegawai Kerajaan dan Koperasi Belia Islam.

Oleh yang demikian, saya mewakili pihak Masjid Al-I'tisam TTDI Jaya menyeru semua ahli kariah untuk menyokong MAIKOOP dan memberikan komitmen berterusan untuk kebaikan bersama. Semoga usaha ini mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah s.w.t. kerana berusaha menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w..

Sekian, terima kasih.

"Berkoperasi Adalah Perniagaan"


Yang benar,


(Ir. Abd Karim bin Mohamed)
Yang Di Pertua
Koperasi Kariah Masjid Taman TTDI Jaya Shah Alam Berhad
(MAIKOOP)

Monday 17 February 2014

PENGENALAN MAIKOOP

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Masjid Al-I'tisam Koperasi (selepas ini dipanggil MAIKOOP) merupakan koperasi kepada ahli kariah Masjid Taman TTDI Jaya Shah Alam. MAIKOOP ditubuhkan pada 19 Disember 2013 yang dimulakan dengan Mesyuarat Agong Tahunan Pemulaan.